Banyak nyer sesawang labah2 kt sini, tuan punya blog buat ape tah dekat 10 bulan tak hupdate blog.
hurmmmmmm banyaknya kisah2 kehidupan dalam tempoh 10 bulan ni. most of them rasenya kisah sedih....but the most sedih is MIL tersayang passed away.
Pulangnya ke rahmatullah ibu mertua - Arwah Siti Zainah Ismail.
2010 |
Hakikat kematian itu adalah pasti bagi kita makhluk yang bernyawa. Tanggal 15 September 2011, Khamis......mami meninggalkan kami buat selama-lamanya. Perginya yang tidak mungkin akan kembali lagi.......pergi memenuhi janji kita sebagai insan dengan Pencipta Yang Maha Agung. Belum puas rasanya kami bermanja, berbual2 mesra dgn mami...kelu lidah, sayunya hati, tiada lagi insan yang boleh dipanggil mami.Tiada kata yang dapat dilafazkan hanya linangan air mata yang dapat menzahirkan kesedihan dalam hati kami.
Raya 2011 |
Arwah pergi dengan tenang dan dengan senyuman yang paling manis...itu kata2 abah yang berada disisi mami di saat2 akhir hayat arwah. Mungkin itu kenangan terakhir yang mahu ditinggalkan oleh mami kepada suami, anak-anak,cucu-cucu dan keluarga terdekat. Arwah mami pergi dengan tenang dan tersenyum menghadap Illahi.
Walaupun kami sekelurga berada di Tehran pada hari tersebut, kami redha dengan takdir Illahi ini. Hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Sesungguhnya kami (abah, mama, hadif n sara) akan sentiasa merindui dan mendoakan Mami. Semoga arwah mami tenang di alam sana....
Al Fatihah.....
AidilFitri 2011... |